who I am?

My photo
.:: Keep Calm and try to be more humble as long as we can ::.

Friday 7 June 2013

Alhamdulillah adikku sudah berkahwin

Assalamualaikum

Jawablah waalaikumsalam, kan comel tu. Senyum sikit. :-) Mmmm lama kan tak buat entry baru. Busy la katakan sejak berform6 yang macam nak gila nih. Busy la sangat! Hahaha! First gambar profile tepi tu abaikan sebab nth zaman muda2 dulu punya, xsempat tukar. Ok ok kembali semula kepada tajuk yang macam terkezut tuhhh hah terkejut. Mana tak terkejut semua orang tanya siapa kahwin n semua syak aku kahwin. Bahaya bahaya Hahahahahahahahah. Bukan2 sebenarnya adik aku no 2 yang berkahwin. Dia muda setahun dari aku. Dan bakal suaminya cuma beza lima or enam or tujuh tahun tua. So cubalah teka. Hahah.

Kata cikgu kelas aku yang suka bercerita dalam kelas dia, (mengimbau kembali cikgu BMku sedang bercerita) kalau nak kahwin carilah yang matang sikit. So macam kena pulak kan ayat dia. Yang tertanya2 pula tu kenapa dia kahwin awal? actually dari family choice n she accepted. Mula2 agak berat juga untuk dia menerima tetapi mengikut sunnah tak salah kan. Makcik kantin or makcik2 yang jual karipap dok gossip tu tanya kenapa sibuk kahwinkan awal, dia kan ada masa depan, sambung belajar macam mana, xberat ke tanggungjawab isteri? meh aku habak sat, haha loughat penang pulak, jodoh pertemuan di tangan Tuhan, lebih selamat perempuan kahwin awal dari lambat. Anak makcik perempuan tak kahwin tapi tahu dak apa dia buat at belakang. Lagi2 zaman sekarang bercouple2, mak bapak buat donno biarkan anak perempuan keluar rumah malam or lain-lain. Kalau lelaki takpe juga sebab dia pemimpin dialah yang bakal menentukan hidup dia sama ada baik atau buruk. Anak makcik keluar dengan sape xtahu, buat apa makcik xtahu kan kan, lepas tu berapa kerap makcik pantau anak makcik kan selalu hang at mall ngan boyfriend, berdua-duaan. Ayat atas tuju kepada makcik yang suka mengumpat di luar sana. Heheh. Mmm tapi tulah lumrahnya. Sebenarnya aku pun first time dengar macam pelik dan terkejut bila adik aku akan berkahwin, sebab we are young.

So as brother I support her so much! Hari berganti hari memantangkan pemikiran aku untuk berfikir secara kritis, positif, meluas dan lebih mendalam menerusi konsep Islam. Mengikut pandangan aku, kadang2 aku puji keluarga arab yang sangat menjaga anaknya. Bukan apa, base my experience ada kawan2 arab. Tapi xsemua arab, sesetengah je yang betul2 jaga agama. Sesetengah je ok sesetengah nanti xmasal aku dicop racist pulak. Hahah. Seriously, kalau nak ajak hangout ke apa susah kot, tapi itu lebih baik kan. Selain tu mereka juga kahwinkan anak mereka di usia muda. Kebetulan, 2hb tu abang kawan aku pun getting married. Abang dia 23 dan bakal isteri dia 19!!! dan mereka berketurunan arab. So dia punya akak ipar sebaya ok. Chill. So daripada situ aku pun like "oh ok same situation with me!". Ok makcik2 yang bergossip tadi yang macam Rosnah Mat Aris tu (tetibe) xhabis lagi soalan dia aku jawab, pasal belajar, masa depan? Masa depan Allah swt yang tentukannya. Jika, kita dijalan yang benar, Allah swt meredhainya, insyaallah cerah masa depan kita. Pasal belajar pula, kepada mereka yang kahwin awal, menuntut ilmu adalah sehingga ke liang lahat, so whenever you are married or not u steel kena study kan.

Sebenarnya masyarakat Malaysia, kita kita ni suka sangat ikut trend kan dan menjadikan sesuatu itu seperti dah terbiasa, like hantaran tinggi, nak kahwin kena sambung belaja dulu dan blablababla. Cuba sesekali tu mengikut perspektif Islam dan mengikut rasional sekeliling semasa berfikir sebab kita kan Islam. Kalau lelaki memang tidak dinafikan xboleh kahwin awal sebab lelaki merupakan pemimpin dan perlu mengambil masa untuk sedia segalanya untuk menjadi seorang ketua keluarga. Peluang belajar? usaha tangga kejayaan. Bila2 sahaja kita boleh menuntut ilmu, insyaallah dipermudahkan jika hati ikhlas kepada-Nya. Tanggungjawab seorang isteri pula? berat? ye sememangnya berat bukan isteri sahaja malah kita sebagai umat Islam! Tanggungjawab memelihara Islam itu sendiri susah kan. Anak makcik kahwin lambat tapi berduaan diluar tak ke dosa makcik dan macam lagi banyak tanggungjawab kan. 

Sebenarnya tanggungjawab tu lama2 kelamaan akan pikul juga sebagai seorang ibu bapa, anak, suami atau isteri. Tiada beza hanya diri kita yang matang atau tidak dalam hidup. Kadang2 orang yang dah berkahwinlah makin sukses dalam kerjaya or pelajaran mereka. Rezeki ada di mana2 yang penting hubungan kita dengan Allah swt. Mmm sini aku ada selitkan link video "I've been proposed" https://www.youtube.com/watch?v=3k75QdqW9Yk . klik link jika nak tengok. At bawah ni aku ambil petikan dalam video tu xsemua just yang exactly same the situation yang boleh dihayati dan fahami.

People keep questioning
I'm just 19, what makes me accept him?

Well to be the exact reason
It's my parent's(family) choice

It's a lie if I never had any conflicts
about all these things, i did. I rejected him at first.

Even though i rejected him at first,
i couldn't found any major bad things in him

I just make an excuse,
"I didn't have any feelings towards him"that typical teenagers thought of mine.

As time went by, he never gave up, so did my parents.

My mum told me,
"This thing will make us happy, everyone will be happy. Insyaallah awak akan bahagia dunia akhirat."

I told myself, if i make them happy, Allah will bless me and that's what makes me happy. Because i know, that's what exactly what I'll need.

So far yeahhhh finally my lil sister is getting married!!! excitednya kau. Hahahah mana tak excitednya first wedding in d family. Tapi tulah hakikatnya akhirnya adik aku yang selalu aku gaduh at rumah berkahwin juga. Alhamdulillah lepas ni ayah or aku xperlu lagi risau sangat dengan adik perempun aku kerana ada pelindung dan pemimpin di sampingya sekarang.

OK so semakin adik aku punya wedding nak dekat, aku semakin busy, busy nak EXAM!!! weh final sem 2 STPM ok dan aku xberpa sihat. :'( Diowang happy2 at sana aku at sini kena exam dulu. If yang belum tahu, parents aku dua2 tinggal di Penang cuz diowg kerja sana, but aku stay ngan nenek aku di Batu Pahat, Johor n im gonna to say that I'm proud to be Johorian. Luaskan kuasamu. Ceh tetibe semangat JDT. So after exam, selang seminggu cuti, hari Khamis 30hb5 kami dari Batu Pahat berangkat ke Penang. Bakal suami adik aku origin penang. Mamak? sikitlah tapi atok dia orang Ipoh. Mmm bes nanti aku pergi beraya. Hahah.

#1 Hari pertama: Khamis malam Jumaat
Aku ingat bertolak ke Penang Jumaat malam so malam kami nak bertolak tu aku xprepare papa! baju xpacking semua, lepas sepupu aku datang time at dapur masa tengah minum2 baru aku perasan dan dialog dia begini:

Aku: Kau tidur sini ke? kan kita bertolak besok.

Dia: Hoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii! kita nak bertolak sekarang lah! (tersembur aku dengor)

Aku: Bukan malam besok ke kita bertolak? (nak berdebat jugak aku)

Dia: Dah xde kau masuk bilik sekarang cari baju kau packing apa yang patut.
Nyah kau dari dapur.(ceh aku tambah) :D

Pastu BIS my cik Berry habis pulak dah kalang kabut g 7eleven tengah malam buta tak juga dalam kol 10 gitu beli topup n sempat lagi singgah rumah Azpar nak amek topi snapback aku tertinggal masa trip haritu n kononnya nak bawak g Penang. Last2 budak gampang tu xde rumah. Ceh gampang, haha Azpar jangan marah kau kawan aku dunia akhirat. Malam tu dengan tak prepare nak ikut jalan mana OK AKU DRIVE OK(tunjuk macho sambil pegang stereng). Eleh poyo padahal baru first time drive jauh ke utara since dapat lesen. Hahah! Aku cepat2 rembat segala menatang gajet aku lumia, cik berry, kamera, jam, wallet, LESEN, mmm lesen dah ada dalam wallet takyah mention...brrrr, itu yang aku pentingkan sampaikan baju makcik aku sumbat an dalam beg. Padahal masa tu aku nak buat tapi dia cakap aku lambat. Ceh. So semua dah siap kami bertolak dari Batu Pahat,Johor ke Pulau Pinang dalam 10.30 malam iaitu Khamis malam Jumaat. Yeah awesome Khamis malam Jumaat bertolak masuk highway Pagoh pukul 12.30 malam buta rancangnya tapi tak jadi makcik aku xbagi so ikut Muar, then sampai area KL hati2 sebab xnak masuk bandar cilok signboard to USJ, Ipoh bagai. So sampai dah nak tol ke Perak change driver, cousin aku yang bawak. Time tu aku cakap at cousin aku

"kau mesti bosan jalan hadap batu kapur tinggi2 gelap gelita highway tu Ipoh, Perak. Redha jelah k turn aku tidur. Jangan jeles." 

Sebenarnya nak ambil kesempatan tidur. Hahah! Mmm finally Alhamdulillah we arrived Penang at 6.30 pagi.
Aku rasa pagi tu aku lah orang yang penat gila disebabkan unexpected journey aku. Padahal dah rancang tapi aku lak salah tarikh, so kabut sikit. Sob sob :'(

#2 Hari kedua: Jumaat
Tiada apa yang best selain tidur satu hari kerana penat perjalan jauh. Hoho. Malam tu sempat aku bawak makcik aku pergi makan cha kwe tiaou and burger yang femes at area situ.

#3 Hari ketiga: Sabtu
Saudara-mara membanjiri rumahku. Sepupu sepapat aku apa lagi terpekik terlolong jerit jumpa aku (padahal masing malu2 kucing) sorok2 belakang mak masing2. Haha! Adat dah lama xjumpa, masing2 dah besau2 cantik2 hensem2 semua. But after that semua sporting habis macam dah lama jumpa. So petang pula aku lepak bilik je main handphone sebab rimas makcik saudaraku memenuhi segenap ruang dalam rumah packing barang kahwin.

#4 Hari Keempat: Ahad
So hari wedding, pagi, hujan renyai2 cuaca mendung so aku pun siap2 pakai baju melayu spesen ngan family, UNGU ok walaupun aku xsuka ungu tetap kena pakai gak dan menjadi driver lagi untuk hantar orang kat rumah ni ke masjid. Majlis perkahwinan tersebut berlangsung di Masjid Sungai Rambai Bukit Mertajam Pulau Pinang. Ingat nak buat satu tempat je at Johor, memandang kawan ibu ramai di sana buatlah juga. Pagi itu jugalah rombongan satu bas dari Johor(family) pun sampai. Yeahhhh jumpah anak saudara yang comel2 dari Johor semua turun bas datang kerumun aku ingat nak peluk apa rupanya nak main phone aku. Macam hape kan. Hahah but layankan je sebab korang comel. So the wedding semua dekat masjid and we stay at d masjid till 6pm. Khemah tersergam indah menanti ketibaan pengantin. 2Jun2013 Iskandar bin Ismail sah dihijabkabulkan dengan Humairak binti Mohd.

#5 Hari Kelima: Isnin
Time to shopping!!! makcik2 and sepupu papat semua apa lagi keluar jalan2. Time diowang keluar aku membuta dalam bilik so kena tinggal. Sangap jelah. Malam tu pun aku dah nak bertolak balik Johor balik. Tak boleh lama2 dekat Penang sebab masing2 ada komitmen kerja dan aku pulak dah nak naik sekolah. Then, malam tu siap2 semua sebab masing2 dah ready nak balik. Sebelum balik sempat lagi ibu tercinta belikan burger untuk anak n anak buahnya alas perut sebelum bertolak. Kami bertolak malam juga sebab kami memang sukakan perjalanan malam yang sejuk dan nyaman sementara usha2 momok2 at RnR kata sepupu aku. Kwajak. Akhir sekali masing2 ucapkan selamat tinggal sambil tersenyum, sebenarnya berat untuk meninggalkan keluarga yang berjauhan. Sepi dan pilu rasa time tu. Tingkap dibuka hanya mampu melambai bonda dan ayahanda tercinta.

So this is our moment...


Peace yow. Hahah.

Our pengantin today.



Ok time tok imam sibuk baca akad nikah, budak nih at belakang mengomel(ajak berbual) dengan abang sepupu dia dekat sebelah tu tapi dia xlayan. Hahah I got ur picture!

So this is our band today. They are awesome! BerYahanana n more...
(teringat membe sekelas beryahananana masa maulud di sekolah)

Finally they getting married. Alhamdulillah.
Kepada Is, jadilah suami yang soleh. (nasihat abang ipar muda, ceh)
Kepada Mira, whatever happen this is ur first step. Big step. Family always beside u.

Nilah tempat diorang singgah ambil angin sebelum balik ke Johor. (k fine masa aku ditinggalkan)

Tak payah nak gelak2 tengok gigi aku. Time nih masa akad nikah, aku dok belakang cuz masuk lambat ambil diorang dari rumah ke masjid. So tup tup budak kecil yang comel lote nih at belakang juga. Macam tau je aku nak duduk situ. Rrrr. Hah last sekali dapat pun tangkap dia. Dia nak main Cik Berry aku, mana boleh habis jahanam. Kesian Cik Berry. Mmm kata makcik saudaraku aku berisi sikit mungkin diorang lama xnampak aku. Tapi membe aku cakap aku still keding macam dulu.

Okay ini saja yang larat aku masuk, entry ni je dekat 1 2 3 hour, mungkin persoalan makcik2 bergossip di luar sana yang banyak dalam entry nih yang aku tolong jawabkan. Jika tersilap kata, terkasar bahasa atau terasa, maaf ku pohon. Aku hanya insan biasa.

2nd June. The first wedding in the family. Simple but it just great!. Met a lot of family members that long time we never meet. A great meeting with all my cute cousins. The important thing is family relationships that will never break. Appreciate it much. Thanks.


TWITTER: @YusofRedha (klik)