who I am?

My photo
.:: Keep Calm and try to be more humble as long as we can ::.

Thursday 15 November 2012

Kamarul Ariffin aka BJKK

Selamat petang...
Sedang menulis entry ni, rumah aku sedang kemas2 dan aku melarikan diri sorok at belakang rumah sebab aku anti dengan habuk2 ni semua. Ahah hidungku yang sensitif dengan habuk sebab resdung agaknya.
Mmmm entry nih khas untuk bjkk yang akan tinggalkan 6B5. Beliau akan ke uitm mengambil diploma jurusan maskom. Congrat tu him. 22hb t ada jamuan at rumah kaw sorry r bro gua xdapat datang atas sebab hal keluarga. 20hb aku akan berangkat ke Penang rumah parents aku dan mungking 2 3 minggu aku disana. Dan lagi sekali maybe ada event yang dirancang aku xdapat pergi tapi tengok dulu keadaan macam mane. :'(


Moment2 sepanjang tahun nih...


Bro semoga berjaya dan mencapai cita-cita kaw.
Ni dia Kamarul Ariffin...

Mmmm lepas ni mungkin akan rindu
bas bergerak...
avanza hitam...
seat belakang avanza bjk...
dslr bjkk...
orang yang selalu pegi depan diri bawah kipas...
jalan2...
dan,....kruccch...krucccch kata azpa.

.:: Full love from 6B5 to Bjk ::.

Friday 19 October 2012

#2 Kelas 6B5

ASSALAMUALAIKUM

Di tengah malam yang dingin, teringat pula nak sambung entry kelas aku yang cam meriah nih. Entry yang lepas mengenai pelajar lelaki, ok kali nih yang perempuan pula. Setelah beberapa bulan bergembira, berjuang, bersedih bersama alhamdulillah kami rapat seperti keluarga.

Mmmm jom describe seorang demi seorang puteri2 6B5.

Fazimah- Belia merupakan penolong ketua kami yang digelar 'rosmah'. Fazimah ni pada mulanya agak sombong tapi lama kelamaan bolehlah ajak kawan.

Irodah- Irodah ni sungguh misteri orangnya. Suka menyendiri dan pemdiam. Tapi kadang2 best jugak kacau dia.

Nadiah- Nadia ni pandai orangnya daripada sekolah sains. Mmmm nadiah seorang yang serius kot. Tengok muka masam jew. Dia serius dan berdedikasi sebab tu lah dipilih ajk mppu agaknya lah.

Mira- Hah makcik nih happening orangnya. Hari2 happy n xleh lupa dia suka bershopping. Hahah.

Jesminder Kaur- Dia nih sigh tunggal di kelas kami. Dia pun lebih kurang makcik happening tapi time dia marah boleh menggila semua. Kami panggil dia Jes Ka'ur. Tu lah yang buat dia melenting hari2 Kaur lah ba**. Jes nih bagus dalam penerangan percakapan.

Syirah- Aku panggil dia syirah tapi tak tau kenapa yang lain panggil dia kak pah. Mmm masih musykil. Dia nih member rapat Wan. Dimana ada Wan disitu ada Syirah.

Wan- Wan Nuraishah nama penuhnya tapi maaf lah law aku salah eja. Hehe. Dia oklah baik orangnya tapi kadang2 gangster kot. hahah. Ok Apit jangan marah.

Farabila- Orang paggil dia Bello sebb dia yang suruh orang panggil nama dia macam tuh. Dia baisa jew kot penuh misteri asyik tidak hadir ke kelas.

Syap- Syap gila kpop tapi dalam kelas senyap jew. Masa raya datang rumah dia DVD kpop banyak.

Afiqah- pika nih classmate aku mase darjah enam tak sangka jumpa lagi at form 6. Pika sopan dan pendiam. Dalam diam dia ni alim dan bijak dalam pelajaran.

Faezah- Pejah nih kaki pembangkang dalam kelas. Ada jew yang disuarakan untuk menegakkan keadilan apabila cikgu sedang behujah di hadapan.

Fatin-patin yang comel duduk sebelah pejah yang cantik. Dua2 orang pakai corby. Fatin pandai dan rajin. Kerap gak aku dok sebelah dia sebab sebelah dia kosong semata2 nak dapatkan kipas.

Mia- Miah! kenapa kaw kurus sangat? xpe t makan banyak2 ea time rehat. Nama penuh dia Ilmiyah penuh dengan bahan2 ilmiyah.

Dayat- Hidayatullah muka kaw ada macam Adele sikit tambah pula mata coklat. Ok cantik. mmm Dayat and the gang(mia, fati, faezah) from TIGS. Of course lah diowg nih lincah dalam pelajaran. So boleh ajar kami yang lemah nih.

Di bawah gambar kami sekeluarga yang cantik berbaju Kurung dan kacak berbaju Melayu.
Itulah kami calon STPM 2013


SENYUM PEACE 

SELAMAT MALAM

Sunday 8 July 2012

Kelas 6B5

Assalamualaikum...

Sekarang saya berada di tingkatan 6 bawah di SMK Dato' Bentara Luar.

Kelas kami sangat meriah kerana setiap orang ada wataknya tersendiri.
Di bawah ini nak ceritakan rakan2 kelas yang cantik2 dan kacak2.

Hakim- Hakim aka Najib ialah ketua tingkatan kami. Dia nih berani memukakan pendapat dan mempunyai    keyakinan yang tinggi. Kenal dia dah lama jugak lah start tusyen English dulu.

Fahmi- Fahmi aka ocol. Budak2 panggil dia Ocol. Dia bendahari kelas.

Raziq- Raziq aka ajiq. Budak nih cam aktif sikit tetapi dia nih ok jew.

Kamarul- Kamarul aka Bajak. Aku tak tau mana dapat panggilan Bajak tuh maybe dia hot kot. Dia suka DSLR so dia sentiasa ada duty if ada majlis kahwin dll. Aku baru jew kenal dia tapi dah kamcing.

Faizul- Faizul aka Pejol. Dia nih rajin hari2 dekat kelas tekun jew buat assignment. Pejol ni suka cakap lepas   so meriah lah kelas.

Hazim- Hazim aka ajim. Dia nih pendiam kot dan kadang2 menjadi pelik kalau ada perempuan.

Firdaus- Budak nih budak jauh. So dalam kelas dia diam saje.

Hilmy- Hilmy aka Nik Hilmy Nik Aziz. Dia nih hari2 kena bahan dengan Najib dan menteri2 6B5 yang lain sebab buku nota dia yang bercirikan pas.

Faris- Faris aka Toman. Budak nih baik orangnya. Pakai songkok alim saje duduk diam dihujung meja. Dalam diam dia pun saiko orang juga.

Hafiz- Hafiz nih ok lah orangnya baik. Tapi perangai dia kadang2 biadab sikit.

Syafiq- Syafiq pula duduk sebelah Hafiz dan diowang ni kawan baik kot dari dulu lagi tapi kadang2 dingin. Syafiq pendiam saje. Tengok muka memang poyo tapi dah kenal ok jew.

Zakaria- Zakaria nih diam aje dan jarang berkawan agaknya. Dia nih ada sakit dan kerap juga pergi  hospital. Kesian tengok dia.

Arif- Si Arif nih satu sekolah rendah dulu dan tetibe pulak boleh jumpa lagi. Dia nih duduk sebelah aku dan banyak cakap. Kalau boleh nak salotep jew mulut dia.

Azfar- Azfar ni biasa2 jew. Suka buat hal sendiri.

Untuk yang perempuan pula akan disambung entry yang baru. K bye.

Tuesday 5 June 2012

A mixture of 20g of sadness and 150g of trying to smile.

hearts beats fast
colours and promises
how to brave
how can i love when i'm afraid
to fall
but watching you stand alone
all of my doubt
suddenly goes away somehow

one step closer

I have life everyday
waiting for you
darlin dont be afraid
I have love for you for a
thousand years
I'll love you for a 
thousand more

Where are you?
Damn I miss u ;(

Feel like walking at the street and trying to find some flowers to you.




Sunday 3 June 2012

Keputusan oh keputusan.

Keputusan!

Membuat sesuatu keputusan menyusahkan aku tol. Siang malam mesti pikir benda yang sama sampai keputusan tu aku dah buat. rrrrrr joget dulu r.

SPM sudah berlalu dan inilah dilema budak2 lepasan spm.
Memilih course dan tempat yang kite nak belajar adalah pening bagi aku. Bagi yang berduit kebanyakan diowang da masuk ipts or kolej dulu sebelum keputusan upu keluar. So untunglah takpayah pikir. Manakala yang bergantung kepada upu so tunggu jelah dan sekarang dah keluar dah pun. Aku tak dapat. Titik. Haha. Ok fine rayuan jewle. Yang dapat tahniah!
tapi ralat sikit r sebab ada part2 yang aku lupa mohon. Wahhhhhhh!

Politeknik dapatlah tapi course takminat t payah pulak disebabkan terpaksa. Matrik aku takmohon dan ada sebab2 tertentu kenapa aku berbuat demekian. Ipts or kolej swasta pun begitu aku mohon jew adalah dapat course yang aku nak tapi xpg kot dan adalah sebab2nya. Buat masa ni aku ke tingkatan 6 dulu sementara menuggu yang lain sebab sekali kaw berhenti dah xboleh masuk balik dah.

Bawah ni aku ada selitkan beberapa perkara yang boleh dikongsikan.
Sesetengah aku copy dari blog lain dan edit sikit. Mula2 aku taknak baca tapi dah terbaca ada guna juge nasihat ni.

Institut Pengajian Tinggi (Program Diploma IPTA/IPTS)
Ini ialah pilihan utama bagi kebanyakan individu. Hatta, tak kurang juga yang memilih untuk ke IPT untuk glamor semata-mata ye. Dapat sahaja slip SPM tu, kebanyakan diantara pelajar mula memikirkan universiti mana yang mereka nak masuk, nama-nama seperti UiTMUIAMUMMMUUTPUniKL mula menjadi topik hangat dalam kalangan pelajar. Belum lagi diceritakan tentang kursus-kursus yang nak dipilih, ada yang pilih Business Study, Islamic Banking, Accounting, Architecture and Engineering, Computer Science dan lain-lain.
Kehidupan di IPT boleh dikatakan agak menyeronokkan berbanding kedua-dua pilihan lain tadi. Masakan tidak, dengan kebebasan sepenuhnya, diri sendiri berhak menentukan apa yang terbaik dan apa yang buruk. Segalanya bergantung kepada diri sendiri dan rakan-rakan yang lain. Ditambah pula dengan jadual waktu kuliah yang fleksibel dan boleh disusun sendiri oleh pelajar. Pilihan kursus pengajian yang banyak merupakan satu kelebihan untuk pelajar IPT, sebagai contoh, dengan penggunaan accumulated courseuntuk sesebuah program membolehkan pelajar mengambil subjek-subjek tanpa pre-requisite terlebih dahulu bagi mengurangkan risiko gugur taraf sekiranya CGPA tidak mencukupi.
Tambahan lagi, dengan menyambung pengajian di IPT, kemudahan pembiayaan kini boleh diperolehi dengan mudah. Dengan kemudahan seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau dana Majlis Amanah Rakyat (MARA), pelajar boleh menyambung pengajian kepada kebanyakan kursus yang diminati dengan mudah. Hanya perlu penjamin dan tandatangan :)
Kebaikan Diploma dari segi pendidikan berterusan ialah kebolehupayaan pemindahan kredit (credit transfer), sebagai contoh, sekiranya seorang pelajar telah tamat pengajian @ konvokesyen untuk program Diploma Sains Komputer, dia boleh memindahkan kredit dari program Diploma ke program Ijazah. Maka, terdapat kursus-kursus pengajian yang tidak perlu diambil untuk menamatkan sesuatu program pengajian.
Berbeza dengan Pra-Universiti, walaupun terdapat sesetengah program Pra-U dijalankan di kampus-kampus IPT, sebagai contoh Pusat Asasi UiTM, Pusat Asasi UM dan sebagainya, kebanyakan pelajar yang menuntut di IPT (selain program Pra-U) boleh dikatakan kurang tertekan. Hal ini kerana, peperiksaan dijalankan secara berjadual dan diusulkan terlebih dahulu (3 minggu lebih awal), tugasan selalunya diberi masa 2-3 minggu sebelum tarikh tamat dan projek akhir selalunya dibuat dalam berkumpulan.
Dari sudut yang lain pula, kehidupan yang agak bebas dan rileks di kebanyakan IPT di Malaysia khususnya yang bertempat di Kuala Lumpur dan Selangor lebih menyebabkan sesetengah pelajar untuk tidak fokus kepada pengajian. Maklumlah, bila parent dah tak awasi, macam-macam boleh berlaku tu, boleh jadi pelajar akan menghabiskan cuti hujung minggu melepak di pusat-pusat membeli belah atau hiburan. Malahan, jika dinilai dari aspek pergaulan, pelajar-pelajar lebih mudah terpengaruh dengan sikap rakan-rakan mereka. Sebagai contoh: Yang bukan menghisap rokok tak mustahil akan menjadi seorang penghisap rokok yang tegar.
Selain itu, pelajar yang kurang bijak menguruskan diri dan masa boleh mendatangkan masalah besar. Hal ini kerana, walaupun pelajar diberitahu tentang tugasan dan projek akhir ada kalanya 2-3 minggu lebih awal, kebanyakan pelajar lebih gemar menangguhkan kerja tanpa alasan yang sewajarnya.
Dibandingkan dengan program IPT setaraf Diploma yang lain, seseorang pelajar mungkin akan sedikit ketinggalan berbanding pelajar yang lain. Sebagai contoh, berlandaskan program 5 semester Diploma, pelajar yang memasuki IPT pada usia 18 tahun akan konvokesyen pada usia 21 tahun. Sedangkan pada masa yang sama, pelajar Pra-Universiti telahpun menjalani proses konvokesyen untuk Ijazah manakala pelajar Tingkatan 6 (STPM) sudah berada di tahun pertama/kedua untuk program Ijazah.
Program Pra-Universiti (Asasi dan Matrikulasi)
Bagi sesetengah pelajar yang berkelayakan dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM, matrikulasi dan asas menjadi pilihan utama. Perlu diingatkan, Pra-Universiti ialah program khas untuk pelajar-pelajar cemerlang. Program ini juga dikenali sebagai trek pantas untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah. Matrikulasi dan Asasi adalah program khas yang dirangka untuk membolehkan pelajar cemerlang melangkau program Diploma.
Program Pra-Universiti boleh dikaitkan dengan individu pelajar yang mengimpikan cita-cita untuk bergelar seorang doktor (Dr.) dan menyambung pengajian di universiti-universiti terkemuka seperti Universiti Kebangsaan MalaysiaUniversiti Sains Malaysia dan Universiti Malaya.
Matrikulasi lebih umum dalam menawarkan program satu tahun (lebih kurang 9 bulan) dan ada juga program dua tahun (lebih kurang 18 bulan). Matrikulasi yang menjadi pilihan kebanyakan pelajar  kini ialah matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Namun demikian, seperti yang dinyatakan diataus, terdapat beberapa IPTS dan IPTA menawarkan program Asasi di kampus-kampus mereka.
Salah satu kelebihan besar prlejar-pelajar Pra-Universiti ialah kebolehupayaan untuk melangkau program Diploma. Hal ini demikian kerana, kebanyakan program Diploma mengambil masa sehingga 5-6 semester iaitu bersamaan dengan 2 tahun 5 bulan atau 3 tahun (2 semester = 1 tahun). Jadi, bayangkan dengan usia semuda 18 tahun, pelajar memasuki program Pra-Universiti dan keluar pada usia 19 tahun dan seterusnya memasuki program Ijazah. Sekiranya pelajar konvo pada masa yang tepat, dalam usia 21-22 tahun, pelajar sudah melangkah ke alam pekerjaan dengan segulung Ijazah :)
Dari aspek yang lain, berbeza dengan program Diploma dan Tingkatan 6 (STPM), perlu dingatkan bahawa sijil Asasi dan Matrikulasi boleh dikatakan tidak laku untuk pekerjaan. Pelajar yang telah tamat program Pra-Universiti wajib menyambung pengajian ke program Ijazah dan sorry to say, sekiranya seseorang pelajar tersebut gagal dalam Pra-Universiti, pelajar terpaksa mengulang permohonan untuk menyambung pengajian menggunakan kelulusan SPM.
Selain itu, pelajar Pra-Universiti juga turut perlu bersaing dengan pelajar-pelajar Diploma (semester akhir), dan Tingkatan 6 dalam usaha untuk merebut tempat di IPT dalam peringkat Ijazah.
Tingkatan 6 (Sijil Tinggi Pelajara Malaysia / STPM)
Tingkatan 6 boleh dikatakan sering menjadi pilihan terakhir (fail-save choice) oleh pelajar apabila mereka gagal meraih tempat ke IPT apatah lagi ke Program Pra-Universiti. Selain itu, kemudahan prasarana pendidikan di Malaysia dan kolej-kolej swasta yang tumbuh bak cendawan yang semakin banyak menawarkan kursus-kursus atau program-program untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan salah satu faktor wujudnya sikap sebahagian besar lulusan SPM yang seolah-olah mengetepikan tingkatan enam. Hattta, ada yang sanggup duduk di rumah sahaja atau terus bekerja menggunakan kelulusan SPM berbanding melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 kerana alasan “tingkatan 6 kurang populariti dan glamor”.
Mungkin, ada yang merasakan program ke Tingkatan 6, STPM kurang relevan lagi pada masa kini, namun tahukah korang bahawa setiap nama pelajar SPM telah pun didaftarkan didalam sekolah-sekolah yang bersesuai di Tingkatan 6 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Hanya tinggal korang memilih untuk menerima tawaran atau tidak. Janganlah memberi alasan yang tidak masuk akal seperti “Tingkatan 6 kena pakai baju sekolah balik”, “baju kurung sekolah aku dah kena bakar” atau ‘Tingkatan 6 kena pergi sekolah”.
Hal ini berlaku kerana golongan pelajar ini beranggapan pendidikan di peringkat Tingkatan 6 lebih susah dari IPT,. Menurut perspektif masyarakat yang aku perhatikan, kebanyakan golongan yang berminat untuk ke Tingkatan 6 merupakan bangsa Cina. Kebanyakan dari bangsa ini jarang dilihat memilih Diploma sebagai kelulusan utama. Mereka sanggup mengambil peperiksaan STPM untuk menyambut pengajian di peringkat Ijazah bahkan mendapat prinsipal yang cemerlang dalam STPM.
Jika dikaji dengan teliti, pendidikan Tingkatan 6 boleh dianggap sebagai self-centered learning. Kerana melalui proses ini, pelajar didedahkan dengan cara menyelesaikan masalah dan pendidikan berpusat pelajar (bukan guru seperti semasa SPM). Jadi, pelajar tidak akan mengalami kejutan budaya apabila tiba di zaman IPT untuk meneruskan peringkat Ijazah setelah lulus didalam peperiksaan STPM. Apatah lagi setelah Tingkatan 6 diperkenalkan dengan sistem modular. So berassignment lah. huhu.
Kejutan budaya yang macam mana aku maksudkan? Cuba lihat, di IPT, pendidikan lebih berpusatkan pelajar untuk sesetengah program pengajian, dimana pelajar perlu menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberi  dengan menggunakan segala sumber yang ada. Cara ini berbeza semasa zaman persekolahan Tingkatan 5. Maka, di Tingkatan 6, pelajar dilatih untuk menerapkan konsep pendidikan IPT dan dalam masa yang sama, dibimbing oleh guru.
Menurut seorang guru yang berpengalaman, Tingkatan 6  menawarkan Sijil Akademik yang tertinggi iaitu Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) manakala universiti pula menawarkan Diploma iaitu persijilan mengikut program atau dikenali sebagai Sijil Ikhtisas yang boleh dikatakan tahap pencapaian terendah. Jadi, pastikan anda memasuki universiti sekiranya anda mendapat tawaran Ijazah dan bukannya Diploma. Kalau Matrikulasi atau Asasi tu boleh lagi la sebab kedua-duanya bukan Diploma.
Jadi, setelah lebih kurang 2 jam setengah aku menaip entri ini, berpandukan sumber-sumber yang didapati dari Internet dan rakan-rakan yang sudi membantu, kini terpulanglah kepada korang untuk menilaikan yang mana terbaik untuk diri korang. Pilihan hari ini menentukan masa hadapan. Dihadapan korang boleh dikatakan terdapatnya sekeping tiket yang belum dicetak dan gunakan tiket tersebut untuk mencetak destinasi pilihan korang. Dan ingatlah korang kena pastikan yang korang telah buat keputusan yang tepat dan rela tanpa tekanan dari mana-mana pihak, dan tanpa memikirkan faktor lain (kejar populariti dan glamor ataupun dipandang rendah rakan-rakan).

#aku masih berfikir lagi...huh. Time aku menaip entry ni sambil minum Soya Rich. eh nak bagitau ka? hah k lah bye.

Nyanyi sikit...kau kata kan kau boleh...kau boleh, melakukan! Ok bye.



Thursday 31 May 2012

Perasaan di hati.

2:26pagi aku masih belum tidur.

dipagi yang hening...layan blog yang berabad baru nak bukak.

Dengar lagu tetibe lak lirik menyentap lubuk hati aku.

Hei pujaan hati apa kabarmu
Ku harap kau baik-baik saja
Pujaan hati andai kau tahu
Ku sangat mencintai dirimu

Hei pujaan hati setiap malam
Aku berdoa kepada sang Tuhan
Berharap cintaku jadi kenyataan
Agar ku tenang meniti kehidupan...

Dan tiba2 lak aku jadi jiwang bagai dengar lagu ni...
Manusia mempunyai hati dan perasaan so xdapat dielakkan.
mmmm...

Mengenali dia sudah lama tapi kami hanya berkawan,
Perasaan rasa di hati ada tapi belum sempat untuk diluahkan,
Mungkin aku terlalu berpengang kpda kata2 "siapalah diriku ini bagi kaw"...

Lepas habis sekolah ni mungkingkah aku dapat bertemu kaw lagi?
Cukuplah untuk kaw mengetahui hasrat di hati ini.
mmmm...di manalah kaw sekarang...

Maafkan aku jika aku jatuh cinta kepada kaw,
wahai pujaan hati.


.Titik.






Saturday 26 May 2012

Doa

Siapa2 yang baca ni doakanlah supaya aku cepat sembuh.

Sunday 6 May 2012

Dude kowg terbaek!

Hazim, Haziq, Amirul Faiq, Irman, Indon(nama timangan) dan Nazir are awesome. Thnkz cuz memeriahkn majlis hritu.


Bile nak lepak lagi ni?
Busan tanam anggur at rumah..korg pun sme.LOL..


#peace.

Friday 20 April 2012

Smoking


Smoking

It is what we called trend? Oh my.. Really don't have an idea about this. Maybe they think smoking make themselves look maturated, cool, anak jantan or whatever. You're wrong guysss..! Don't you know, smoking just like killing yourself slowly. Why you so excited to kill yourself slowly? Can't wait to see God?

#copypaste.

Resam kehidupan.

Disebalik kegembiraan seseorang tersembunyi  kesedihan yang melampau tanpa disedari.
Semua kenangan manis sukar dilupakan dek dikenang kembali, sedih kembali.
Betapa sukar untuk melayan karenah hati dan perasaan yang menyelubungi dalam diri.
Yang pandai selalu mendapat pujian dan kadangkala terserlah pula kegedikannya,
Yang bodoh pula ada terus mengeluh dan ada yang terus memperjuangkan nasib dirinya.

Betapa indah dan sukarnya hidup ni jika tak bertujuan dan tahu hala tujunya.
Dek orang kaya menikmati kekayaannya manakala yang miskin hanya mampu melihat.
Dek yang sihat mampu berjalan dan berfikir, yang sakit hanya merana dan menangis dalam hati.
Yang kaya megah menayangkan kereta besarnya, yang miskin hanya mampu melihat.
Jangan tak tahu yang mampu melihat itu saja sedang merancak mengatur strategi untuk setaraf dengannnya.

Yang pandai selalu mendapat tempat di hati semua orang.
Apa salahnya yang pandai merendah diri apabila si bodoh menanyakan soalan walaupun soalan tu bodoh sebodohnya.
Perkatan "kau ni apasal lembap sangat?"
Apa korang rase orang yang menerimanya?
Betapa kecewa dan hancur semangat untuk sidia menimba ilmu.
Sebenarnya jika kita pandai ada orang lagi pandai dari kita, dan jika kita anggap diri kita ni bodoh sebodohnya ada orang lagi bodoh dari kita.
Setiap manusia ada kekurangan dan kelebihannya.
Rencah manusia bermacam-macam alasan untuk mempertahankan diri masing-masing.
Kalau rasa diri kita ni bodoh rajin-rajinlah berusaha untuk mendapatkan skill tu.
Setiap usaha itu ada kejayaannya.


Tatkala kita sedang mengeluarkan pendapat masing2 mesti semua nak betul. Macam dia sorang jew yang betul. Kan kan?
Daripada situlah boleh menimbulkan pertelingkahan antara masing-masing.
Sekali cubalah dengar nasihat orang lain. Kan kita juga yang mendapat ilmu tu.
Jika asyik kita je yang betul tapi hakikatnya kita tak betul sampai bila kita takkan betul.

Ok chill.

#think.