who I am?

My photo
.:: Keep Calm and try to be more humble as long as we can ::.

Sunday 8 July 2012

Kelas 6B5

Assalamualaikum...

Sekarang saya berada di tingkatan 6 bawah di SMK Dato' Bentara Luar.

Kelas kami sangat meriah kerana setiap orang ada wataknya tersendiri.
Di bawah ini nak ceritakan rakan2 kelas yang cantik2 dan kacak2.

Hakim- Hakim aka Najib ialah ketua tingkatan kami. Dia nih berani memukakan pendapat dan mempunyai    keyakinan yang tinggi. Kenal dia dah lama jugak lah start tusyen English dulu.

Fahmi- Fahmi aka ocol. Budak2 panggil dia Ocol. Dia bendahari kelas.

Raziq- Raziq aka ajiq. Budak nih cam aktif sikit tetapi dia nih ok jew.

Kamarul- Kamarul aka Bajak. Aku tak tau mana dapat panggilan Bajak tuh maybe dia hot kot. Dia suka DSLR so dia sentiasa ada duty if ada majlis kahwin dll. Aku baru jew kenal dia tapi dah kamcing.

Faizul- Faizul aka Pejol. Dia nih rajin hari2 dekat kelas tekun jew buat assignment. Pejol ni suka cakap lepas   so meriah lah kelas.

Hazim- Hazim aka ajim. Dia nih pendiam kot dan kadang2 menjadi pelik kalau ada perempuan.

Firdaus- Budak nih budak jauh. So dalam kelas dia diam saje.

Hilmy- Hilmy aka Nik Hilmy Nik Aziz. Dia nih hari2 kena bahan dengan Najib dan menteri2 6B5 yang lain sebab buku nota dia yang bercirikan pas.

Faris- Faris aka Toman. Budak nih baik orangnya. Pakai songkok alim saje duduk diam dihujung meja. Dalam diam dia pun saiko orang juga.

Hafiz- Hafiz nih ok lah orangnya baik. Tapi perangai dia kadang2 biadab sikit.

Syafiq- Syafiq pula duduk sebelah Hafiz dan diowang ni kawan baik kot dari dulu lagi tapi kadang2 dingin. Syafiq pendiam saje. Tengok muka memang poyo tapi dah kenal ok jew.

Zakaria- Zakaria nih diam aje dan jarang berkawan agaknya. Dia nih ada sakit dan kerap juga pergi  hospital. Kesian tengok dia.

Arif- Si Arif nih satu sekolah rendah dulu dan tetibe pulak boleh jumpa lagi. Dia nih duduk sebelah aku dan banyak cakap. Kalau boleh nak salotep jew mulut dia.

Azfar- Azfar ni biasa2 jew. Suka buat hal sendiri.

Untuk yang perempuan pula akan disambung entry yang baru. K bye.

No comments:

Post a Comment